isteri.blogmas.com dah tag aku
Sep 16th, 2007 by ajet66
Aku diajak “main” oleh isteri.blogmas! Main apa tu? Aku kalau bab main ni suka amat. Kali ni aku diajak “main tag”. Tag? Apa tu? Nametag ke? Atau Passtag? Lepaih aku teliti, barulah aku paham sikit. Sikit saja tau!
Oklah. Dia nak aku habaq sat pasai diri aku. Mai sama-sama hang pa usha tengok, aku nak cheqhita ni.
- Ajet ni anak Kedah dan anak sulung dari 14 adik-beradik. Fuyooo meriahnya. Kiranya aku ni dari baka baik jugaklah. Kesian mak aku yang menyabung nyawa 14 kali utk membolehkan kami 14 orang melihat dunia. Sebab tu aku tak bagi isteri aku beranak banyak. Bukannya aku tak mampu tau! Tapi kesian kat dia.
- Aku ni jenis pendiam (tak ramah). Tapi jangan bagi aku peluang bercakap. Susah aku nak berenti. Kata orang mereka yang pendiam seorang yang panas baran. Betul ke?
- Seorang jejaka Gemini sudah pastinya kacak dan bijak tetapi pemalu. Ya! aku dilahirkan pada 26hb Mei 19.. Zaman teruna dulu aku amat malu dengan kaum wanita. Tak pandai nak mengurat tapi bila dah kenal, seorang yang amat romantik. Isteri aku yang cakap bukannya aku yang perasan. Kenal dulupun dia yang kenyit mata kat aku. Kalau dia baca ni…….ish…ish..ish..
- Kalau berdebat tak pernahnya mahu mengaku kalah. Betul ke tak betul ke aku tak peduli, mesti nak menang. Selalunya pendapat aku memang betul. He..he…he..
- Aku tak suka diarah apatah lagi diperintah untuk melakukan sesuatu. Pantang betul aku. Sebab itu aku lebih suka bekerja sendiri. Dah hampir 7 tahun aku meletak jawatan sebagai Eksekutif Sumber Manusia dengan sebuah konglomerat yang terkenal di Malaysia ni.
- Sebagai tambahan aku tak boleh tengok cerita sedih tapi aku suka juga tengok. Apalagi kalau filem hindustan. Berderai ayaq mataku. Sebab tu masa bercinta dulu aku suka tengok cerita seram di panggung. Keh..keh..keh..
Banyak lagi kalau aku nak kisahkan. Dalam usia hampir separuh abad ini terlalu banyak kisah suka dan duka yang telah aku rempuhi. Mungkin dilain ketika jika diizinkan akan aku coretkan lagi. Aku harap Forumer, mudin001, gelembai, utsman7 dan gelembai sudi menyambung tag berikutnya.




Salaam alaikum. Terlebih dahulu terima kasih wahai akhi kerana sudi jugak mengajak ambe , hehe. InsyaAllah ambe cuba sambutnya, cuma ambe mintak maaf, mungkin x dapat sambut di blog Teknosains tu, Kerana ambe x mahu campur aduk dengan menda lain kat situ.
So insyaAllah ambe letak dalam blog Hikmatun ambe nnt yer, insyaAllah. Pape pn thanz again. Ma’assalamah, jazaakallahu khoirol jazaa’
[...] akhi pulak. Akhi ini dari blog ajet66.blogmas.com. Sila kunjungi posting dia yang bertajuk ‘isteri.blogmas.com dah tag aku‘ untuk membaca tulisannya. So nampaknya ana kena jugak bercerita serba sedikit tentang diri [...]
[...] Cerita aku Posted on September 18, 2007 by mudin001 Terima kasih kepada ajet66 dan hikmatun kerana menge’tag’ aku. Apa aku kena buat pun aku tak tahu sebenarnya. Dan [...]
good article , I added you in the ‘Liked’ category.. thanks for sharing the article!