Feed on
Posts
Comments

Janet & John

Di suatu kawasan pedalaman di Texas, seorang penternak yang mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang balu yang masih muda dan cantik, namanya Janet.

Janet membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya.

Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.

Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon pekerjaan tersebut. Seorang gay, dan seorang kaki mabuk.Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Janet terpaksa memilih salah seorang dari mereka.

Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Janet memilih si gay, bernama John untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal bersama seorang gay daripada tinggal dengan seorang pemabuk.

Minggu demi minggu berlalu. John telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan rajin. John kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan.

Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka.

Gembiralah si Janet ni tadi… kerana ingin menghargai kerajinan si John ni, Janet pun

berkata kepada John, “John, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja…” Gembiralah John, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan.

Sampailah ke tengah malam, John tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah John pulang kerumah. Sampai ke rumah, didapati Janet sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran unggun api.

“Buka butang bajuku dan tanggalkannya.” Kata Janet.
John dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut,melakukan apa yang diarahkan.

“Sekarang, buka kasut but ku.”
John buat, perlahan sekali.

“Buka, setokin ku..”
Dia buat juga.

“Sekarang, buka skirt ku.”
Dia buat juga.

“Sekarang buka coliku.”
Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.

“Sekarang….buka seluar dalamku…”
Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.

Kemudian, Janet pun memandang John, sambil berkata…

“Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot.”

Akekekek…apa yg hangpa dok pikiaq haaa  :roll:  :oops:  :lol:

Sign Up Advertlets

ambo_pengantinjb.gifBila wujud perkahwinan, tidak semesti semuanya ok dan bahagia. Ada banyak perkara yang boleh mengubah tanggapan kita dan kita perlu banyak bersabar. Di bawah ini ada beberapa perkara melalui pengalaman masyarakat kita dan tanggapan mengenai perkahwinan dan pengalamannya selepas berkahwin.

1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.

“Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa
keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan.”

2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.

“Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai.” Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.

cumbu.jpg3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.

“Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata.”

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.

“Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang dihantar… kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal.”

5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.

“Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir.”

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.

pregnant-pose.jpgAnda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.

7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.

Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.

Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah “soulmate” masing-masing.

9. Hubungan seks ada turun naiknya.

Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada “mood” dan keadaan sekeliling.

10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.

Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati. Sanggupkah anda?

Satu lagi malam kemenangan buat Seman Pangkah. Terbeliak matanya mengira wang yang dimenanginya setelah mengalahkan Awang Wikang dalam perlumbaan tadi. Khusyuk mengira, tidak disedari lansung dek Seman yang Ani, antara gadis yang paling anggun di kawasan Pertama Kompleks, sudahpun membonceng motornya.

Rempit Impak Maksima

Didakapnya Seman dari belakang sambil merengek manja ke telinga Seman, “Bang, bawakla Ani balik malam ni. Ani sunyi la tido sorang-sorang nanti…”
Jari jemari Seman yang asyik mengira wang sejak tadi tiba-tiba berhenti. Kepalanya yang terhangguk-hangguk menunduk terus terdongak dek lambaian suara manja Ani yang menghembus ke telinganya. Seluruh badannya kaku, tergamam sejenak bagaikan dipanah petir.

Tanpa berkata apa, terus disumbatkan segala wang kertas ke dalam dompetnya lantas dipakaikan kepada Ani topi keledar lebih yang sentiasa dibawa kemana-mana untuk situasi-situasi sebegini. Dihidupkan enjin RXZnya lantas laju Seman memecut meninggalkan rakan-rakan sekumpulannya.

“Seman Seman… sen pun kau dapat… mambang pun kau dapat malam ni… memang malam kau la ni…”

Kata Hardy, rakan karib Seman kepada dirinya sendiri.

Dalam perjalanan pulang, segala peluang untuk mencilok ruang dicelah-celah kereta tidak ditinggalkan oleh Seman. Apatah lagi, semakin kuat dia menekan minyak, semakin kuat jualah pelukan Ani. Segala jenis lampu isyarat dan bonggol tidak diendahkan Seman.

“Hehe… orang cakap pompuan ni kalau lu bagi dia takut-takut, nanti dia lagi ghairah…”

Fikir Seman di dalam benaknya sambil laju dia memecut ke dalam kawasan rumah flatnya.

Tanpa membuka topi keledar, terus dipimpin Ani naik ke rumahnya di tingkat sembilan. Di dalam lif, hati Seman berdebar-debar memikirkan rancangan seterusnya. Matanya tajam merenung susuk tubuh Ani yang tidak ubah seperti model iklan syampoo yang menjadi pujaanya.

Makin dekat mereka ke rumah Seman, makin kuat debaran hati Seman. Sampaikan tangannya menggigil masa membuka pintu. Sebaik masuk ke dalam rumah, lampu kalimantang yang malap dipasangnya.

“Ini macam baru romantik. Ani duduk dulu ye, bang Seman nak mandi jap…”

“Ala bang Seman, tak payah mandi la… meh la duduk sebelah Ani ni. Boring la sorang-sorang…”

Gedegang! Topi keledar yang dipegang Seman terjatuh dek pujuk rayu Ani.

Rempit Impak Maksima

Terketar-ketar dia berjalan ke arah Ani yang sudah pun terbaring di atas sofanya. Berderau darah Seman melihat Ani. Perlahan-lahan ditumbangkan badannya. Jari-jemarinya Seman mula nakal. Gelak tawa kecil Ani bagaikan menaikkan lagi nafsu Seman yang sudahpun membuak-buak. Ani akur, merelakan dirinya di ‘impak secara maksima‘ oleh Seman.

“Tok! Tok! Tok!”

Bunyi ketukan bertalu-tahu pintu rumahnya tiba-tiba membantutkan gerak-geri Seman.

“Jais… Jais…” “Bukak Pintu Ini”
Suara parau seorang lelaki sedang melaung diluar pintu.

Seman terkedu. Degup jantungnya kini sepantas motornya tadi. Dipalingnya ke kanan dah ke kiri; tiada tempat untuk sembunyi. Hanya tingkap rumahnya menjadi jalan keluar. Tanpa menghiraukan ketinggian rumahnya, Seman terus terjun keluar tingkap sambil bergayut pada engsel tingkapnya.

“Ta…tak…takpe takpe Ani. Gi tengok sapa tu, ca…cakap ni rumah Ani. Dok sorang kat si…sini. Abang Seman cuba ga…gayut kat sini…”

Kata Seman tergagap-gagap dalam ketakutan.

Ani terus ke pintu dan bila dibukanya, seorang lelaki dalam umur 30-an sedang berdiri sambil bertanya,

“Ni rumah Encik Jais ke?”

Ani tergamam.

“Tolooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooong…”

Sayup tedengar suara Seman dari luar tingkap. Ani terus bergegas dan bila dijenguknya ke luar, mayat Seman sudahpun terdampar di tengah jalan. Seman telah mati katak akibat impak maksima akibat terjatuh dari tingkap rumah flatnya.

Note: Gambar hiasan seksi ini hanya sebagai penambah impak maksima selera ajinomoto bacaan sahaja. Tiada kaitan antara hidup dan yang mati. Sekian

« Newer Posts - Older Posts »